Risiko Tak Bayar Insuranc

Berita Harian; 30 Oktober 2011

Imej  —  Posted: Ahad, 30 Oktober 2011 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai

Laman Web Baru GPMS UiTM

Posted: Isnin, 20 Disember 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai

Assalamualaikum

Terima kasih atas sokongan anda, laman web rasmi GPMS UiTM berpindah ke

www.gpmsuitm.com


Tinta Ramadhan…

Posted: Khamis, 2 September 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Ramadhan InsyaAllah telah hampir ke penghujungnya. Terfikir sejenak adakah masih ada sisa Ramadhan untuk tahun mendatang. Semoga Ramadhan kali ini menjadi pencetus kepada suatu pembawakan yang istiqamah dalam hidup. Ramadhan datang dan pergi..

Minggu Penghayatan GPMS

Posted: Jumaat, 13 Ogos 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai

Datanglah beramai-ramai, kupon aktiviti disediakan.

Ramadhan al-Mubarak

Posted: Jumaat, 13 Ogos 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai

GPMS UiTM Shah Alam mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga UiTM & warga GPMS serta marilah bersama menghidupkan bulan barakah ini dengan amalan2 yang mendekatkan diri kepada-Nya.

Kursus Asas Fasilitator @ Dusun Eco-park

Posted: Jumaat, 13 Ogos 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai

Kepekaan Gender

Posted: Jumaat, 30 Julai 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Berita UiTM, Isu IPT, Isu Mahasiswa, Motivasi, prgram 2010

tAJUK : MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL

Anjuran : Jabatan Pembangunan Wanita
dengan kerjasama GPMS n Massa

penceramah :ym Tengku Naufal Tengku Mansor

Jabatan Pembangunan Wanita bakal megadakan satu prgram yang berobjektifkan cara menangani gangguan seksual dengan kerjasama padu daripada GPMS UiTM dan pelajar Massa daripada Fakulti Komunikasi dan Media. Program yang berlangsung pada 2 Ogos 2010 tersebut bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam yang berkongsepkan ceramah dan kaunseling bertujuan mengenalpasti dan menangani pelbagai permasalahan yang akan dibangkitkan berkenaan gangguan seksual. Semua dijemput hadir. Makanan, kupon aktiviti , sijil, & pengangkutan disediakan.

Team Building @ Pangkor

Posted: Jumaat, 30 Julai 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai

Sekapur Sireh, Exco 38

Posted: Jumaat, 30 Julai 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai

Karnival Bijak Wang Siri 1/2010

Posted: Rabu, 10 Mac 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai


Tarikh : 11 March 2010 (khamis) – 13 march 2010 (sabtu)

masa : 8.30pagi – 5.00ptg

Tempat : Foyer Menara, Sultan Abdul Aziz Shah, (UiTM Shah Alam)

.

.

6 Fakta Menarik Kenapa Anda Perlu Hadir Karnival Bijak Wang Siri 1 2010.

1)Parlimen pada tahun 2009 melaporkan lebih kurang 18% pemegang kad kredit yang mempunyai hutang yang banyak adalah di kalangan remaja dan rata-rata dijangka muflis dalam tempoh 5 tahun
( Ketahui rahsia pengurusan kewangan dan kredit bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)

2)Masih ramai lagi yang tertanya-tanya apakah pelaburan yang mereka buat selama ini sah daripada sudut syarak? dan benarkah unit amanah dalam perlaburan adalah pilihan terbaik?Kenapa skim cepat kaya masih lagi berleluasa?
( Pertanyaan bernas ini bakal dijawab bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; 1Taklimat Bijak Labur pada 12hb Mac bertempat di Dewan Kuliah A Menara S & T pukul 8 malam)

3)Lebih kurang 40 billion ringgit harta pusaka umat islam tidak dapat diperolehi hanya kerana tiadanya Wasi(pentadbir harta) yang dilantik mahupun wasiat yang dibuat hasil laporan Amanah Raya di NST pada tahun 2007.Sudahkah anda atau bapa anda tunaikan tanggungjawab ini?
( Bertanyalah dan rujuklah bersama Amanah Raya Berhad dan Warisan Mukmin)

4)Cukai GST? Apa itu? Adakah sama dengan cukai-cukai yang lain? Bagaimana Pengiraannya?
(Ketahui mengenai GST dan kesannya kepada kehidupan kita selepas perlaksanaannya kelak bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri)

5)Anda mempunyai cita-cita untuk menjadi usahawan tani dan sudah mempunyai perancangan.Ketahui skim keusahawanan yang mampu membantu anda dalam memulakan perniagaan anda bersama Majlis Amanah Rakyat dan Agrobank

6)Sudah bersedia menghadapi alam pekerjaan, mahu tahu bagaimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mampu Membantu Anda Kelak? (KWSP)

Pertanyaan Lanjut dan Pengesahan Kehadiran:
Lan Era 18 : 0135942697
Hamima : 0129317751